Kehidupan awal Henry_Ford

Henry Ford dilahirkan pada 30 Julai 1863, di Greenfield Township, Michigan. Bapa beliau, William Ford (1826-1905), dilahirkan di County Cork, Ireland, dalam keluarga yang berasar dari Somerset, England; ibunya, Mary Ford (1839-1876), lahir di Michigan sebagai anak paling kecil dalam kalangan imigran Belgium, ibu bapa beliau mati ketika beliau masih muda dan dijadikan anak angkat oleh jiran, keluarga O'Herns. Adik beradik Henry Ford adalah Margaret Ford (1867-1938); Jane Ford (1868-1945); William Ford (1871-1917) dan Robert Ford (1873-1934).

Bapa beliau memberi sebuah jam kecil ketika remaja. Pada usia 15 tahun, Ford membuka dan memasang semula jam tangan rakan-rakan dan jiran berkali-kali, mendapat reputasi sebagai pembaiki jam. Pada usia 20 tahun, Ford berjalan empat batu ke gereja Epsicopal pada setiap Ahad.

Ford amat sedih apabila ibunya meninggal pada 1876. Bapanya memberi harapan pada beliau untuk mengambil alih ladang keluarga, tetapi lebih minat dengan kerjayanya. Beliau kemudian menulis, "Saya tidak pernah suka kepada ladang itu-ianya ibu kepada ladang itu yang saya cintakan".

Pada 1879, Ford meninggalkan rumah untuk bekerja sebagai pelatih mekanik di Detroit, pertama kali bersama James F.Flower & Bros., dan kemudian bersama Detroit Dry Dock Co. Pada 1882, beliau kembali ke Dearborn untuk bekerja di ladang keluarga beliau, dimana beliau menjadi cekap mengoperasikan enjin wap mudah alih Westinghouse. Beliau kemudian diupah untuk bekerja dengan Westinghouse untuk berkhidmat dalam enjin wap mudah alih mereka. Dalam masa tiu, Ford belajar mengenai buku kira di Godsmith, Bryant & Stratton Business College di Detroit.

Rujukan

WikiPedia: Henry_Ford http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.sfgate.com/books/article/Henry-Ford-may... http://history.hanover.edu/hhr/99/hhr99_2.html http://www.gutenberg.net/etext/7213 http://www.hfmgv.org/exhibits/hf/ https://www.washingtonpost.com/wp-srv/national/dai... https://web.archive.org/web/20011005164558/http://... https://web.archive.org/web/20041111015724/http://... https://web.archive.org/web/20060507100519/http://... https://web.archive.org/web/20070927043140/http://...